Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Wednesday 18 November 2015

Say NO to Butik AZ LOVE

Assalamualaikum...

Berita ni sangat fresh dari ladang sebab kawan keme sendiri yang terkena. Semah (nama samaran) ni dah nak kahwin next week, datang2 test baju kawen terkejut bila design baju pengantin tu lain sangat dari yang dia nak. Nama butik ni AZ LOVE. Terletak berdekatan Stesen Bas Kamunting, Perak. Bagi orang2 peghak, baik la kome elak maghi sini. Kalau kome berani xpela, jangan cakap keme tak payung ye.

Design yang kawan keme nak ni full songket & ada design manik2 dibahagian atas. Seperti gambar contoh di bawah.

source: Semah (original source tdk diketahui)

Last2 waktu nak fitting baju tu, terkejut beruk Semah bila design yang dia dapat macam gmbr bwh ni. Bukan full songket, sebaliknya guna material chiffon di bahagian bawah. Manik bahagian atas tak siap lagi sebab utk tujuan fitting sahaja. Nampak sangat terang lagi bersuluh. Request full songket, last2 dapat design mcm ni. Fuhh..Keme yang dengar ni pun rasa nak maghah, apatah lagi perasaan si Semah waktu ni..


source:Semah 


Alasan owner butik, bukan design tu Semah nak. Padahal awal2 lagi Semah kata nak design seperti bla3 siap send gambar ke phone owner tu sebagai rujukan. Bila xnak mengaku yang owner tu salah, owner tu siap bgtau Semah ni pendek tak sesuai pakai baju full songket bla3. Nanti nampak gemuk. Katanya...PEDAS tak? Kawan2 keme lain yg dah kawen, saiz rendang2 elok je pakai songket. Tak de pulak kene komen mcm tu.

Kalau nak diikutkan, dorg sebagai owner perlu la ikut kehendak customer. Mana boleh main2 tukar ikut suka macam tu. Pastu dah salah tak mengaku. Sape yang tak marah? tak mengamuk? majlis lagi seminggu kot.

Bila Semah mintak tukar balik design yang die nak, boleh boleh mintak extra deposit RM350? Padahal sebelum ni dah bayar deposit RM500. Memang tak la nak bayar sebelum siap. Takut pisang berbuah dua kali bak kata pepatah Melayu. ye dok?

Semah request nak bayar lepas dah siap. Bila diberitahu mcm tu, owner tu blh plak bgtau "kalau macam tu akk pun xberani nak buat pelamin awk nnti". Ooo, nak ugut suh bayar jugak ye. Last2, Semah tekad tukar butik lain. Dah tak sanggup berhadapan dengan kerenah owner yang entah apa2. Semoga apa yg berlaku mungkin ada hikmahnya. Doa keme supaya majlis Semah nanti berjalan dengan lancar. Amin...

Sekian, wassalam.

p/s: Entry kali ni keme share supaya kome2 yang bakal berkahwin elakkan pergi ke butik ni. Bukan nak menjatuhkan business kaum sendiri, tetapi lebih kepada langkah berhati2. Kalau kome kaya, takpela dipersilakan. Keme tak halang. Hehe.

No comments:

Post a Comment