Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Thursday 29 October 2015

Cara tukar kad debit

Assalamualaikum...

Hari ni nak share cara tukar kad atm biasa kepada kad debit. Yang ni khas untuk kad cimb tau. Bank lain xtau tapi rasanya prosedur die lebih kurang je kot. Ini rupanya kad atm biasa sebelum buat kad debit.

source: diarisiketambatu.blogspot.com 
(kad ATM biasa)

Kad debit ni apa ye?

Sama je macam kad kredit cuma konsep die nak swap kene ada duit dalam akaun la ye. Dan paling penting xyah bayar bulan2 mcm kad kredit. sebab apa? sebab once dah swap kad debit tu, secara automatiknya jumlah sekian2 akan ditolak dari akaun anda. Kad debit sangat berguna bila korg nak beli brg tapi lupa/malas nak keluarkan duit. just swap je. just make sure tempat korg pegi tu ada mesin utk swap la ye. hehe. Bagi yg kaki on9 shopping, korg blh jugak guna kad debit ni tau. Yang penting make sure ada duit la dalam akaun korg tu.

Nk tau rupa kad debit cimb?

source: www.reenaonline.com (kad debit cimb)


Okay dah tau kan kegunaan kad debit ni? Sekarang meh nah bagitau cara nak tukar kad atm ni.
1) Pegi mana2 cawangan cimb bank
2) Bawak original I/C & kad atm korg tu
3) Mohon borang tukar kad debit dekat kaunter pertanyaan, ambik no giliran
4) Isi apa yang patut --> nama, ic, tandatangan, & etc (pegawai cimb tu akan bgtau nanti)
5) Tunggu no giliran
6) Sampai turn, just bagi borang korang isi tu, I/C dan kad atm tu
7) Once dah siap, korg akan dapat no pin sementara (tukar dlm masa 24hours)
8) Pegi mesin atm & taip no pin sementara > tukar pada no pin baru pilihan anda


Lupa pulak nak bagitau. Free of charge je tau kalau buat kad debit ni. Cuma die ada annual fee rm15.
Okay, setakat ini sahaja perkongsian untuk hari ni.
Kalau ada apa2 pertanyaan boleh la drop di ruangan komen ye.
Wassalam.


No comments:

Post a Comment